..Kejamnya



PEMBUNUHAN KEJAM: Seorang penduduk menunjukkan mayat empat beradik warga Palestin yang menjadi mangsa kekejaman Israel di Beit Hanoun,



GAZA: Lima beranak Palestin, iaitu empat kanak-kanak berusia setahun hingga 5 tahun dan ibu mereka mati dibunuh tentera Israel yang membedil sebuah rumah ketika keluarga berkenaan sedang bersarapan dalam keganasan terbaru rejim Zionis di Semenanjung Gaza, semalam.

Seorang pejuang Palestin turut mati dalam operasi rejim Zionis berkenaan.

Kanak-kanak itu � Mussab Abu Maateq, setahun; Hana Abu Maateq, 3; Rudeina Abu Maateq, 4 dan Saleh Abu Maateq, 5, mati bersama ibu mereka apabila rumah mereka dibedil kereta kebal Israel di di Beit Hanoun, kata doktor di Hospital Kamal Radwan.

Ini menjadikan seramai 443 orang, kebanyakannya rakyat Palestin, mati sejak Israel dan Palestin melancarkan semula rundingan damai dianjurkan Amerika Syarikat, November lalu.





..Apa dosa anak-anak itu?

......Bila lagi tanah Palestin akan aman...? Mana Negara-negara Islam yang lain...mana OIC?

..."Ya Allah..Ya Rabbi...berikan kekuatan dan kesabaran kepada saudara -saudara kami di Palestin"

Comments

Popular posts from this blog

...PILIHANRAYA...KWS MELAYU.....

Gambir Sarawak

belajar bahasa melayu sarawak....