..kencing manis...diabetis mellitus
DIABETES MELITUS
Definisi
Diabetes merupakan satu sindrom atau penyakit akibat dari kekurangan atau hilangnya keberkesanan hormon insulin.
Insulin membolehkan glukosa memasuki sel-sel dalam badan
Sel-sel ini kemudiannya menggunakan glukosa sebagai sumber tenaga.
Tanpa insulin, paras glukosa darah akan meningkat. Dalam masyarakat Melayu ianya dikenali (secara tidak tepat) sebagai kencing manis.
Terdapat 2 jenis diabetes:
- Diabetes yang bergantung kepada insulin (IDDM atau diabetes Jenis I).
- Diabetes yang tidak bergantung kepada insulin (NIDDM atau diabetes Jenis II)
Tanda-tanda dan gejala amaran
|
|
Komplikasi Diabetes
Diabetes yang tidak dikawal dengan betul atau tidak didiagnos boleh merosakkan saluran darah dan saraf.
Ini akan memberi kesan kepada jantung, buah pinggang, mata dan kaki (luka yang lambat sembuh) dan menyebabkan penentangan terhadap jangkitan terutamanya di kaki dan buah pinggang.
Ingat bahawa, komplikasi mata berlaku secara senyap terutamanya bagi diabetes Jenis II. Adalah penting untuk mengenali gejala-gejalanya lebih awal. Dapatkan pemeriksaan mata lebih kerap dan amalkan kebersihan kaki dengan baik.
Penjagaan Sendiri
· Elakkan makanan yang mengandungi kandungan gula dan lemak yang tinggi ie nasi lemak,teh tarik roti canai dan kuih-kuih yang manis...
· Jangan mengambil snek di antara waktu makan..ada yang mengesyorkan supaya tidak" supper" dan elak dari makan malam at least 4 jam sebelum tidor.
· Jangan melangkau waktu makan anda..ini akan mendorong anda makan dgn banyak..
· Berhenti merokok
· Berhenti mengambil alkohol
· Berjumpalah doktor anda selalu..dan bagi yang mengidap DM adalah di syorkan membeli mesin pengukur kandungan gula dalam darah dan buat ujian sendiri at least sekali seminggu...dan membawak keputusan ini jumpa doktor setiap kali follow up.
· Bersenamlah secara tekal, dapatkan ujian darah terlebih dahulu sebelum memulakan aktiviti anda (jangan bersenam selepas sahaja mendapat suntikan insulin).
· Dapatkan pemeriksaan mata anda secara berkala
· Jaga kaki anda dengan baik. Jangan
Comments