Kisah disebuah rumah yang dikujungi oleh tiga orang lelaki tua berjanggut yang bernama KEJAYAAN, KEKAYAAN dan KASIH SAYANG.
Mereka bertiga dalam kelaparan setelah penat mengembara. Sehinggalah bertemu dengan seorang wanita di kampung itu.
Lalu wanita itu bertanya " Maafkan saya sebab tidak mengenali awak semua, tetapi saya pasti awak semua sedang lapar dan jemputlah masuk kerumah saya untuk makan sesuatu."
"Kami tidak akan masuk ke dalam rumah bersama-sama," Mereka menjawap. "Mengapa begitu?" wanita itu ingin tahu.
Salah seorang dari lelaki tua itu pun menerangkan: "Namanya ialah KEKAYAAN," Dia berkata sambil menunjuk ke arah salah seorang kawannya, dan beralih menunjuk kearah kawan yang seorang lagi, " Dia adalah KEJAYAAN, dan saya adalah KASIH SAYANG." Dia menyambung lagi,
Wanita itu masuk di dalam rumah untuk berbincang dengan suaminya. Suaminya berasa sungguh gembira. "Bagusnya!!" dia berkata. "Kalau macam tu jemputlah KEKAYAAN masuk. dahulu. Biar dia masuk dan mengisi rumah kita ini dengan Kekayaan!"..
Isterinya tidak bersetuju. "Abang, kenapa pula kita tidak menjemput KEJAYAAN?", agar hidup kita lebih berjaya. Lalu anaknya bersuara, "Bukankah lebih baik sekiranya kita menjemput KASIH SAYANG? Rumah kita ini pasti akan diselubungi dengan kebahagiaan. Mendengar kata-kata anak mereka, lalu bersetujulah mereka menjemput KASIH SAYANG dulu.
Wanita itu pun keluar dan bertanya kepada tiga lelaki tua itu "Yang mana satu diantara kamu adalah KASIH SAYANG? Silalah masuk dan jadi tetamu kami." KASIH SAYANG bangun dan mula berjalan ke arah rumah. KEKAYAAN dan KEJAYAAN juga bangun dan mengikutinya. Wanita itu pun bertanya kepada KEKAYAAN dan KEJAYAAN, "Saya cuma menjemput KASIH SAYANG, dahulu ke dalam rumah, mengapa kamu juga ikut sekali?"
Mereka semua menjawab: "Jika awak menjemput samada KEKAYAAN atau KEJAYAAN, yang lain akan tunggu diluar, tetapi oleh kerana awak telah menjemput KASIH SAYANG, kemana-mana sahaja dia pergi, kami akan pergi bersamanya. Di mana ada KASIH SAYANG, disitu juga ada KEKAYAAN dan KEJAYAAN.
Hargailah KASIH SAYANG, disitu tersemat KEJAYAAN dan KEKAYAAN
Comments