Isteri Saya Hilang...
Seorang suami berjumpa polis untuk melaporkan kehilangan isterinya yang keluar seketika untuk membeli gula, namun tidak pulang-pulang. "Sudah berapa lama isteri encik keluar?" soal polis. "Saya tidak pasti pula. Pagi tadi atau tengah hari kot." "Dia pakai baju warna apa?" "Tak pasti la tadi. Mungkin hitam atau putih. Kalau tak pun kelabu." "Baiklah. Dia ada bawa kad kredit atau kad ATM bersama?" "Kad ATM memang selalu ada dalam dompet dia, tapi kad kerdit tak pasti pula." Polis tersebut menggeleng-gelengkan kepala. "Isteri encik keluar dengan kereta persendirian?" "Ya tuan, dia keluar menggunakan kereta saya, Produa Myvi. Kereta saya tu berwarna silver, berusia hampir 4 tahun 12 Disember nanti. Bumper depan kereta sebelah kiri ada kesan calar sikit. Bahagian dalam kereta saya guna wangian Teddy Dream dari Lovely Lace." "Okey, kalau macam tu kita cari kereta encik dahulu s...