sumbangan kepada AgamaNya.
sahabat -sahabat ku... jom kita tanya kpd diri kita seikhlas-ikhlasnya,apa kah sumbangan kita menjalankan dakwah, menyebarkan syariah islam, sumbangan kita dalam mempertahankan Islam semasa ianya dipermainkan,dihina dan sebagainya. Nanti apa jawapan kita dihadapan Allah? Jom kita baca kisah burung dizaman Nabi Ibrahim, dan semuga kita dapat pengajaran dari kisah ini. "DARIPADA Amir bin Saad, daripada bapanya (Saad bin Abi Waqas) katanya: “Sesungguhnya Nabi SAW memerintahkan supaya membunuh cicak dan baginda menamakannya sebagai ‘si penjahat kecil’.” (Hadis riwayat Muslim) Berlaku kisah di zaman Nabi Ibrahim semasa Baginda dibakar oleh kaumnya, seekor burung kecil terbang berulang alik mengisi air dalam paruhnya lalu menyiram ke atas api yang membakar. Itulah yang dilakukannya berulang kali. Tingkah lakunya diperhatikan makhluk Allah yang lain lalu bertanya kepada burung kecil itu: “Untuk apa kau berpenat lelah mengambil air berulang alik, sedangkan api yang membakar Na...