Posts

Showing posts from August, 2009

Allahyarham Hj Ahmad Buang..nenekanda tersayang

Image
..selepas menjalani pembedahan..patah neck of femur..bulan may yg lepas ..gambar kenangan bersama Allahyarham Nenekanda Hj Ahmad Buang pd hari Raya yg lepas Nenekanda Hj Ahmad Buang bin Hj Tahir di lahirkan pada tahun1903 dan kembali ke Rahmatullah pada 29 ogos bersamaan 8 ramadhan. Beliau adalah guru agama,bekas imam masjid Sebuyau, dan merupakan guru Tariqat Qadriah Naqsyanbandiah. Beliau mempunyai ramai pengikut di serata negeri kenyalang dan Sambas. Semasa muda nya beliau telah pergi ke Sambas dan Banjarmasin untuk menuntut ilmu agama.

persiapan menghadapi Ramadhan

Image
Dari Abu Said r.a., katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda: "Tiada seorang hamba pun yang berpuasa sehari dengan niat fi-sabilillah ( yakni semata-mata menuju kepada ketaatan kepada Allah), melainkan Allah akan menjauhkan wajahnya - yakni dirinya (kerana puasanya tadi), sejauh perjalanan tujuh puluh tahun dari neraka." (Muttafaq 'alaih) 10 SENARAI SEMAK PERSIAPAN DAN PERLAKSANAAN PUASA 1) Niatkan rasa sukacita kita dalam hati akan kedatangan bulan suci Ramadhan, “Barang siapa yang dihatinya merasa gembira akan kedatangan bulan Ramadhan, maka Allah haramkan jasadnya untuk masuk neraka” – Al-hadith 2) Memohon ma’af kepada kedua orang tua, suami/isteri, anak, saudara dan para sahabat atau kerabat anda, dimana setiap hari anda berhubungan dengannya, lupakan kesalahan saudara Muslim anda yang pernah terjadi selama anda berhubungan 3) Bersihkan pakaian taqwamu dari hadas, najis mahupun penyakit hati (iri, dengki, hasad, hasut, tamak, haloba, sombong, mencela, dendam, berbohong) se...

mengapa keluh kesah dan merungut...

Image
Pelbagai permasalahan kita berpunca daripada empat perkara: * Kita hanya memandang dan menginginkan apa yang ada pada tangan orang lain. Kita tidak nampak,tidak sedar atau lupakan nikmat di dalam genggaman kita. Walhal, Allah telah berikan kepada kita. Oleh itu kita tidak rasakan ‘keseronokan’ atau terasa nikmat dengan pemberian itu. * Kita terlalu banyak ‘komplen’ dan komen (mengadu) dan mengeluh serta menyalahkan keadaan sehingga kepada permasalahan sekecil-kecilnya dalam kehidupan dunia ini. Tetapi, kita sering lupa kesusahan dan penderitaan sebenar yang bakal kita hadapi di akhirat kelak.Kita lupa bahawa kita akan di pertanggungjawapkan setiap apa yg kita lakukan di dunia ini... * Kita terlalu mengejar kemewahan, kemegahan dan glamor kehidupan sehingga melupakan tujuan hidup kita sebenarnya. Inilah sebenar ujian hidup yang kadang kala kita rasakan amat memeritkan untuk dihindari, pada hal kita tahu ganjarannya adalah syurga daripada Allah. * K...