Dr Yusuf Al-Qaradawi, dalam kitabnya Al-Iman wal Hayah menyatakan : Tidak mungkin manusia dapat menghindarkan diri daripada pelbagai kesulitan, begitulah kenyataan hidup, .... ramai yang bersua dengan kegagalan, .... ditinggalkan kekasih, ..... penyakit menyerang tubuh, ......kehilangan harta benda dan seterusnya. Kemudian beliau mengambil hadis Rasulullah bermaksud: Perumpamaan orang beriman yang ditimpa ujian bagai besi yang dimasukkan ke dalam api, lalu hilang karat dan tinggal yang baiknya saja. Ulama ada mengatakan.... Setiap kali aku ditimpa ujian duniawi, terbayang olehku tiga kurniaan Tuhan. Yang pertama, cubaan itu tidak menjejaskan agamaku. Yang kedua, aku tidak ditimpa bahaya yang lebih besar dari itu. yang ketiga, aku mendapat pahala dari Allah SWT kerananya.”