Maulidur Rasul 2017

Assalam buat sahabat yg diRahmati Allah.
Peringatan Mesra buat diri sendiri dan sahabat semua sempena Maulidur Rasul.

Sunnah Nabi PALING BESAR

Islam menganjurkan umatnya untuk berlumba-lumba berbuat kebaikan:

"Dan bagi tiap-tiap umat ada kiblatnya (sendiri) yang ia menghadap kepadanya. Maka berlumba-lumbalah (dalam berbuat) kebaikan, di mana saja kamu berada pasti Allah akan mengumpulkan kamu sekalian (pada hari kiamat). Sesungguhnya Allah Maha Berkuasa atas tiap-tiap sesuatu."
 (al-Baqarah 2:148)

Oleh itu, dalam semangat berlumba-lumba berbuat kebaikan, kita juga seharusnya berlumba-lumba mengamalkan sunnah-sunnah Nabi.

Untuk berlumba-lumba dalam mengamalkan sunnah Nabi, sewajarnya kita mengamalkan sunnah Nabi yang paling agung dan paling besar !

Namun apakah sunnah Nabi yang paling agung dan paling besar ?

Sesungguhnya sunnah Nabi yang teragung dan terbesar ialah Dakwah dan Tarbiyah (DnT).

Sejak Nabi diutuskan sehinggalah ke hembusan nafas Baginda yang terakhir, Dakwah dan Tarbiyah tak pernah lekang dari hidup Nabi. Nabi dicederakan, dipulau, dihina, difitnah, diugut bunuh semuanya kerana Dakwah dan Tarbiyah.

Dalam kita sibuk mengamalkan sunnah-sunnah Nabi seperti
memberi salam,
senyum,
membaca doa/Bismillah sebelum buat sesuatu,
memakai wangian dan membela janggut (bagi lelaki),
bersiwak,
solat dan puasa sunat dll, kita tidak sewajarnya melupakan Dakwah dan Tarbiyah sebagai sunnah Nabi yang paling agung.

 Justeru, marilah kita berlumba-lumba dalam melaksanakan Dakwah dan Tarbiyah sebagai lambang kasih dan rindu kita kepada Rasulullah.
Bersamalah kita dalam mentajdid niat (perbaharui niat) kita dalam beramalan sunnah.

Selamat menyambut Maulidur Rasul.
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ، وَبَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا بَارَكْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ، إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ
Semoga Allah menerima amalan-amalan kita serta memperoleh syafaat dari Baginda di akhirat kelak, aminnn

Comments

Popular posts from this blog

...PILIHANRAYA...KWS MELAYU.....

Gambir Sarawak

belajar bahasa melayu sarawak....