Lonely Elderly..


Lonely Elderly..

Pastu kita doa lg minta panjangkan umor..
Panjang umor sampai bila?

Hati hati bila minta umor panjang..
Jangan jadi macam makcik semalam.
Dia dah runsing dengan umornya yg panjang.

Hidup di usia 80an yg memboringkan
Nak ubat untuk segera mati!
Aik??!!
Kenapa?

Dulunya...
Dia punya segala
Dia kaya
Punya suami yang sentiasa menyayanginya
Punya anak yg berjaya
Punya rumah yaAllah besarnyaaa
Dihias cantek dipandangan mata.
Malam lena tidornya
Lokasi rumah dekat sebelah surau ja..
Nak solat berjemaah nak ngaji nak cari ilmu mudah ja dia.

Dia dulunya...
Aktif dalam persatuan
Aktif dalam sukan
Aktif dalam aktiviti taman
Tak duduk diam penuh terisi siang dan malam masanya;
Girang
Riang
Dipandang
Dihormati orang

Tapi kenapa bila masuk usia 80an semuanya itu sudah hilang?
Beransur masa meninggakan segala

Bila meninggal pasangannya..
Bila anak anak sudah dewasa keluar rumah tiada lagi riuh gelak gaduh mereka.
Bila Rumah yang besar tapi sunyi ja
Bila Makann tersedia di meja tapi  selera takada
Bila siaran diTV tiada lagi yang menceriakannya
Bila nak mengaji mata dah kaburr nak baca
Bila nak dengar ceramah susah benar nak mendengarnya
Bila hari hari yang berlalu tiada siapa untuk bertegur sapa
Bila jiran jiran sebelah rumah semuanya dah bukan sebaya.
Bila kawan sebaya dah berpindah kealam barzakh belaka
Bila berkumpul anak & keluarga kurang disapa
Bila bersama keluarga rasa kurang dipedulikan semua busy dengan urusan mereka..
Bila tidornya takdapat lena terjaga tengah malam merenung kosong kitaran hari yang sama..
Boringnyaaaa dia rasa.
Kenapa begitu ya?

Dengan muka keliru makcik ni bertanya..

Saya kelu ditarbiah makcik sebegini rupa.
Rasa dan perasaan yang mungkin serupa
Mungkinkah akan dialami nanti bila dah tua..
Maka bersangka baik dengan Allah bila diberi ini rasa..

Mungkinkah rasa bosan ini  Allah nak ajar kita supaya rasa kurang mencintai dunia  jadi mudah lah kita bersedia berpindah dunia fana?
Cuma sungguh bersediakah kita untuk ke sana?
Cukupkah bekal yang dibawa?

#muhasabahdiri
Beb 8.11.17

Tq Kak Bed😊😊! 

Comments

Popular posts from this blog

...PILIHANRAYA...KWS MELAYU.....

Gambir Sarawak

belajar bahasa melayu sarawak....