"if it is herba, natural,mesti bagus punya......"

"ubat ini bagus ,di perbuat drp herba,tak ada chemical......mesti bagus punya......tak ada side effects"..
"Jamu ini terkenal boleh kuatkan kejantanan lelaki,di buat daripada herba,,,,"
"doc.....saya makan Jering...sebab itu saya tak makan ubat kencing manis....org kata jering boleh mengubat kencing manis"
"jamu ini dari indonesia,wanita madura guna jamu ini.....ganteng sekali....waduuuh"

INI ADALAH MIND SET ORG KITA BILA MENGENAI UBAT-UBATAN.

Orang malaysia terutama org melayu mempunyai mind set terhadap ubat-ubat yang di label kan dari HERBA dan NATURAL ATAU SEMULAJADI.Bila di labelkan sedemikian mereka akan menganggap ianya BAGUS DAN MUJARAB dan tak ada KESAN SAMPINGAN. Ini sangat merbahaya....dan boleh di exploit oleh pengusaha ubat-ubat herba.
Minyak Rambut ,Shampoo,Ubat kejantanan,kosmetic dan sebagainya yang dilabel herba dan semulajadi akan dianggap bagus dan selamat digunakan.

Perlu diingatkan bahawa alam semulajadi juga mengeluarkan bahan kimia yang bahaya ,contohnya ARSENIK,POKOK IPOH,BELLADONA,dan Kehidupan semulajadi juga mengeluarkan racun berbisa seperti ULAR,KATAK,ULAT BULU dan sebagainya.

KEDUANYA....Ubat yang dilabel sebagai herba dan natural ini, proses pembuatannya kurang ketat regulasinya kalau berbanding dgn ubat-ubat yang berdaftar.Kebanyakannya tidak ada quality control .
Ubat ini juga tidak dibuat research menentukan KESAHIHAN KEBERKESANANNYA dan tidak ada kajian tentang bagaimana ia bertindak dalam badan manusia.KESAN JANGKA PANJANGNYA BAGAIMANA?

An excellent example,dimana baru-baru ini beberapa jenis Jamu dan Ubat Lelaki telah dirampas oleh pehak berkuasa kerana mengandungi bahan terlarang seperti Sildanefil dan Taladafil.(bahan aktif yang terdapat dalam viagra dan cialis yang sangat merbahaya bagi mereka yang mengidap saki jantung dan makan ubat nitrat)

Beberapa jenis cosmetic utk membuat muka menjadi putih mengandungi Hydroquinone yang boleh membahayakan buah pinggang.ada juga cosmetic yang mengandungi Mercury dan Plumbum.

Yang teruknya ,org lelaki amat terpengaruh dgn apa saja ubat yang dilabelkan herba dan semulajadi ini utk menguatkan nafsu,membesarkan penis mereka,membuat mereka main lama,lambat ejaculate dan lain lain yang berkaitan dgn sex mereka
Mereka terpengaruh dgn cerita sipenjual ubat ini dan terpengaruh dgn iklan dan bungkusan ubat ini.Bila mendengar cerita si penjual ubat mulalah berkhayal dan berfantasi..

Adalah lebih baik menggunakan ubat yang yang diketahui selamat dan berdaftar utk mengelak daripada kesan-kesan sampingan yang fatal.

Comments

Popular posts from this blog

...PILIHANRAYA...KWS MELAYU.....

Gambir Sarawak

belajar bahasa melayu sarawak....