Khenduri Arwah......

last sunday kita org adik-beradik mengadakan kenduri tahlil dan arwah bonda....Tak terasa dah 5 tahun bonda kembali ke rahmatullah...

sekarang ini banyak yang menyatakan kenduri arwah ni...adalah satu bidaah.Rasulullah swt tidak pernah melakukan nya.....Walaupun ianya satu bidaah..saya menganggapnya sebagai satu bidaah yang baik dan tidak merosakkan akidah kita...dan ianya mendatangkan banyak kebaikan.....

Antara kebaikan.....
1.mengingatkan kita akan kematian....
2.mengeratkan siraturahim antara keluarga dan sanak saudara...
3.sebagai anak kita beramai-ramai membaca yassin dan mendoakan keampunan kepada ahli keluarga kita yang telah meninggal dan kepada muslimin dan muslimat...
4.Bersedekah bagi pehak yang telah meninggal...
"apabila seorang anak adam itu meninggal,hanya 3 perkara yang dapat membantu nya iaitu..amal jariah,ilmu yang diajarkannya,dan anak yang solleh" maksud hadis rasulullah saw.
5.mendidik anak-anak kita tentang kasih sayang antara ahli keluarga walaupun kepada yang telah meninggalkan kita...

"antara amalan yang membawa menafaat kepada simati ialah berdoa dan memohon keampunan utk simati,memberi sedekah,berpuasa,mengupah haji dan umrah dan membaca alquran..(syed sabiq 200:1 395)

"dan orang-orang islam yang datang kamudian drp mereka(berdoa dgn berkata).."wahai tuhan kami,ampunkanlah dosa kami dan dosa saudara-saudara kami yang mendahului kami dalam iman,dan jangan engkau jadikan didalam hati kami perasaan hasad-dengki terhadap orang-orang yang beriman..(al hasyar 59)..

walaubagaimanapun....Allah saw maha mengetahui dan maha pengasih....bagi saya yang penting nya adalah niat kita melakukan sesuatu......Semuga Allah memperkenankan doa kami adik-beradik menempatkan allahyarhamah bonda bersama para ambia,salihin,para syuhada ...dan amalan sedekah kami bagi pehak bonda kami...amin yarrabil alamin...

Comments

Popular posts from this blog

...PILIHANRAYA...KWS MELAYU.....

Gambir Sarawak

belajar bahasa melayu sarawak....