Posts

Showing posts from September, 2010

dugaan Allah..kesenangan dan kesusahan..

Image
Di dalam Lisanu al-‘Arab, Ibn Manzur telah menyatakan bahawa bala’ merupakan ujian samada yang baik atau yang buruk. Allah juga telah menjelaskan perkara tersebut didalam surah al-Anbiyaa’; (( وَنَبْلوكُمْ بٍالشَّرِّ وَالْخَيْرِ فِتْنَةً وَإِلَيْنَا تُرْجَعُوْنَ )) “Dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai dugaan; dan kepada Kami-lah kamu semua akan dikembalikan". [Al-Anbiyaa’: 35] Sama-sama berdoa memohon keampunan dari Allah kerana telah menzalimi diri sendiri. Sama-sama telah melanggar larangan Allah dari memakan buah pohon Khuldi. قَالَا رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَمْ تَغْفِرْ لَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُونَنَّ مِنَ الْخَاسِرِينَ “wahai tuhan kami! kami telah menganiaya diri sendiri, dan jika engkau tidak mengampunkan kami dan memberi rahmat kepada kami, maka jadilah kami daripada golongan orang-orang yang rugi” -Al A’raaf: 23 Kesan daripada taubat dari kesilapan yang telah mereka lakukan telah menjadikan diri mereka hamba-hamba Allah yang soleh.

Suatu hari di Hari Raya

Image
.........bersama ayahanda... Angah dan farith bersama Syamin.. Farith dgn Abah.. maizatul,mami,angah

Selamat Hari Raya Aidl fitri..

Image
  Kami sekeluarga ingin mengucapan selamat Hari Raya Aidil fitri ,Maaf Zahir dan Bathin... Semuga kita semua memperolehi kemenangan di bulan Ramadan dan menjadikan kita sebagai org yg bertaqwa...

SuatuHari di Bulan Ramadan di Ulu Simunjan bersama Saudara kita.

Image
....bergambar kenang-kenangan bersama Saudara Kita .. ..menyampaikan bantuan kpd Saudara kita,hasil sumbangan BaitulMal dan Hikmah.. ......sedikit tazkirah Ramadan...

lailatul qadr..

Image
1. Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada malam Lailatul-Qadar, 2. dan apa jalannya Engkau dapat mengetahui apa Dia kebesaran malam Lailatul-Qadar itu? 3. malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. 4. pada malam itu, turun malaikat dan Jibril Dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa Segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun Yang berikut); 5. sejahteralah malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar! “Sesiapa yang bangun (beribadat) pada malam Lailatul Qadar dengan penuh keimanan dan Ihtisab maka baginya keampunan untuk dosa-dosa yang lepas.” [HR: Al-Bukhari dan Muslim]. Beberapa kelebihan tentang Lailatul Qadar yang dapat diambil dari surah al-Qadar antaranya ialah: Allah menurunkan al-Quran pada malam tersebut yang mana ia memberi petunjuk kepada manusia dan memberi kebahagiaan di dunia dan akhirat. Allah SWT menyoal “Apakah kamu mengetahui apakah dia Lailatul Qadar?” Persoalan seperti ini menunjukkan keagungan dan kemuliaan perkara tersebut.•