Posts

Showing posts from August, 2010

Selamat menyambut Hari Merdeka

Image
MELAYU. Melayu itu orang yang bijaksana Nakalnya bersulam jenaka Budi bahasanya tidak terkira Kurang ajarnya tetap santun Jika menipu pun masih bersopan Bila mengampu bijak beralas tangan. Melayu itu berani jika bersalah Kecut takut kerana benar Janji simpan di perut Selalu pecah di mulut Biar mati adat Jangan mati anak. Melayu di tanah Semenanjung luas maknanya: Jawa itu Melayu, Bugis itu Melayu Banjar juga disebut Melayu Minangkabau memang Melayu Keturunan Acheh adalah Melayu Jakun dan Sakai asli Melayu Arab dan Pakistani, semua Melayu Mamak dan Malbari serap ke Melayu Malah mua’alaf bertakrif Melayu(Setelah disunat anunya itu) Dalam sejarahnya Melayu itu pengembara lautan Melorongkan jalur sejarah zaman Begitu luas daerah sempadan Sayangnya kini segala kehilangan Melayu itu kaya falsafahnya Kias kata bidal pusaka Akar budi bersulamkan daya Gedung akal laut bicara

masalah perubatan dlm bulan puasa

Image
Soalan-soalan yg selalu di tanya pesakit kpd doktor-doktor... 1) Darah keluar dari tubuh ; samada untuk berbekam, ambil darah pesakit, menderma darah, tercedera, darah dari hidung, tangan dan lain-lain. Hukumnya : Tidak batal puasa kerana yang membatalkan adalah yang masuk ke tubuh melalui saluran terbuka hingga ke perut dan bukannya ‘yang keluar' dari tubuh. (As-Siyam Muhdathatuhu wa hawadithuhu, Dr Muhd ‘Uqlah, hlm 215). Manakala pandangan pembatalan puasa dengan berbekam yang berdalil hadith riwayat Abu Daud dan Ibn Majah dengan sanad sohih menurut Imam An-Nawawi, ia telah di pinda (nasakh) dengan hadith dari Ibn Abbas yang menyebut Nabi SAW berbekam dalam keadaan baginda berpuasa. (Riwayat Al-Bukari, 3/43) kerana hadith dari Ibn Abbas ini berlaku tatkala Haji Wida' dan terkemudian dari hadith yang menyebut batal kerana bekam. (Tasysir al-Fiqh, Qaradawi, hlm 90). Malah ini juga padangan majority mazhab kecuali Hanbali. ( Bidayatul Mujtahid, 1/247) 2) Memasukkan sesuatu ke da

do's and dont's in Ramadan

Image
...kalau diamalkan...insyaAllah selamat dunia akhirat

Marhaban ya Ramadhan

Image
"Sungguh telah datang kepadamu bulan Ramdhan, bulan yg penuh keberkatan. Allah memfardukan atas kamu berpuasa. Di dalam bulan Ramdhan dibuka segala pintu syurga dan dikunci segala pintu neraka dan dibelenggu seluruh syaitan. Padanya ada suatu malam yang lebih baik dari 1000 bulan. Barang siapa tidak diberikan kepadanya kebaikan malam itu, maka sesungguhnya dia telah dijauhkan dari kebajikan." (Riwayat Ahmad) "Apabila tiba bulan Ramadan maka dibuka pintu-pintu rahmat." (Riwayat Muslim) “Sesiapa yang berpuasa pada bulan Ramadan kerana iman dan ikhlas mengharapkan pahala dari Allah, maka dosanya yang lalu akan diampun oleh Allah.” (Riwayat Imam al-Bukhar)

Ubat-ubatan dan puasa

Image
Soalan yang selalu di tanya semasa bulan Ramadhan.. “Dok,saya mengidap penyakit kencing manis..saya makan ubat 3 kali sehari..bagaimana saya nak puasa” “ Dok, saya mengidap sakit jantung, makan ubat ,ada yg dua kali sehari ada yang sekali sehari dan ada ubat yg makan nya malam hari,Bagaimana saya nak puasa macam ni” Bulan Puasa atau bulan Ramadhan adalah bulan yang sangat mulia bagi umat Islam..ianya merupakan bulan yang di tunggu-tunggu… Puasa bagi org islam adalah….menahan diri drp lapar dan dahaga dan tidak melakukan perkara-perkara yang membatalkan puasa dari terbit matahari sampai terbenamnya matahari berserta dgn niat” Bagaimana dgn saudara-saudara kita yang hendak mengambil ubat semasa bulan Ramadan? Pesakit tidak seharusnya mengabaikan pengambilan ubat semasa bulan Ramadan. Di dapati ramai yang meninggalkan pengambilan ubat..ada yang doublekan dose ubat di malam hari,ada yang mengurangkan sendiri dose ubat nya dan ada yang langsung tidak mengambil ubat mereka,ini amat membahay